Monday, April 15, 2013

hidup ini memang membosankan!

Assalamualaikum wbt...

Apa-apa hal pun bagi salam dulu, okey? jangan main terjah aje. Kan marah Nas Ahmad sebab curi tagline dia JOM KITA TERJAH! tuu...

aku ni tak adalah pandai sangat ber blog bagai ni. Maklumlah, dulu masa mak suruh masuk U belajar, ko gatal nak bernikah. Ha...kan sekarang ko dah ketinggalan jauh dalam hal-hal dunia IT semasa ni.

Papepon, aku tetap juga nak ber blog. Tak kisahlah blog aku ni semak ke, sakit mata hati korang tengok ke, apa ke... ada ku kesah?? hahaha...

aku buat blog ni sebab aku boring. Itu statement yang nyata dari aku. bukan sebab nak glamer atau nak kaya, okey! ada ke orang kaya sebab buat blog? Hmm.... ada kot! cuma aku jelah yang tak berapa nak ambil port pasal semua tu.

Aku ni adalah manusia paling membosankan kat dunia ni. Hobi aku berangan tak kira tempat, masa dan ketika. Asal ada change  chance aje aku berangan. Tengok drama korea pun aku aku boleh berangan masuk sekali dalam LCD tu. Baca novel pun cenggitu jugak...asal watak heroin cun je mesti akulah tu...Hahaha...entah apa-apalah ko ni mak jemah!

Err...yang aku duk merapu meraban dari tadi ni senenarnya aku just nak bagitahu....

1.   aku ni baru dalam dunia blog ni. Ilmu nak berblog memang zero...
2.   aku harap korang yang baca entri aku ni boleh ajar aku supaya aku dapat memantapkan blog aku ni.
3.   aku nak ucapkan terima kasih kat sesiapa saja yang sudi baca entri aku yang entah hapa-hapa ni!

hahaha...aku nak cabut dulu sebab aku nak pergi jalan-jalan kat blog orang pulak! nak tengok camane diorang buat blog diorang yang rata-rata aku tengok memang cun giler2.

dan lepas tu aku nak berangan macam mana nak buat blog yang cantik macam tu...

salam uols!

peace!